web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Didakwa Fitnah MB, Ketua Pemuda UMNO Perak Buat Laporan Ke Atas Fahmi Redza

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 10:40PM

Fahmi Redza - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis berhubung poster yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Mohd Ariff membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar kira-kira 4.15 petang tadi.

Menurut Mohd Ariff, poster berkenaan yang dimuat naik seorang pengguna media sosial, Fahmi Redza tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

“Ia termasuklah mendakwa Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad seperti angkuh dalam isu pemberian telefon pintar kepada pelajar miskin di Perak.

“Untuk mendapatkan kepastian, saya merujuk klip video di laman Facebook rasmi Menteri Besar Perak dan mendapati ungkapan seperti tertera di poster yang dimuat naik Fahmi Redza adalah tidak benar dan tidak pernah disebut Datuk Saarani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ariff berkata berdasarkan video sidang akhbar Datuk Saarani itu, beliau berpendapat Menteri Besar Perak itu sekadar memberi analogi mengenai sumbangan telefon pintar yang diberi oleh Yayasan YTL kepada kerajaan negeri Perak untuk disumbangkan kepada pelajar miskin.

“Beliau beranalogi untuk menggambarkan adalah tidak manis sekiranya kerajaan negeri menolak sumbangan telefon pintar berkenaan kerana ia diberi secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar miskin bagi memudahkan mereka mengikuti kelas secara dalam talian.

“Sehubungan itu, adalah amat jelas, poster yang dimuat naik oleh Fahmi Redza adalah bersifat fitnah dan secara sengaja dibuat untuk menimbulkan kebencian,” katanya sambil menambah laporan polis itu dibuat agar siasatan dapat dilakukan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan