web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat 'Wawa Wahid Enterprise' Tengking Polis Di SJR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 5:16PM

Polis siasat video tular melibatkan anggota polis ditengking seorang wanita di SJR Jalan Kapayan, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Polis memulakan  siasatan membabitkan dua video yang tular membabitkan anggota polis ditengking seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kepayan, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi, di sini, mengesahkan kejadian tersebut.

"Kita sudah membawa perkara ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah," katanya.

Tambah Hazani, mereka akan memanggil wanita berusia 34 tahun itu dan pihak berkaitan termasuk anggota polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular dua video di media sosial menunjukkan seorang wanita berbaju hitam menengking seorang anggota polis dari cawangan trafik.

Difahamkan wanita tersebut ditahan sebelum disaman selepas cukai jalan tamat tempoh sejak Januari lalu.

Wanita itu beberapa kali dilihat meninggikan suara terhadap anggota polis tersebut termasuk menyebut perkataan 'biadap' sebelum beredar dari situ.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk ada yang mengecam tindakan wanita berkenaan. - Getaran, 18 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad