web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Poster Berkaitan MB Perak: Polis Akan Panggil Fahmi Redza

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 11:19PM

Fahmi Redza - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis akan memanggil pereka grafik dan aktivis Fahmi Redza bagi membantu siasatan berhubung poster yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter berkaitan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya membuka kertas siasatan susulan laporan diterima daripada Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar petang semalam.

"Kita akan panggil (Fahmi Redza) dan individu lain yang turut terlibat berhubung kes ini untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam Mohd Ariff membuat laporan polis berhubung poster yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Mohd Ariff dilaporkan berkata poster yang dimuat naik Fahmi Redza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

Menurut Mohd Ariff berdasarkan video sidang akhbar Datuk Saarani itu, beliau berpendapat Menteri Besar Perak sekadar memberi analogi mengenai sumbangan telefon pintar yang diberi oleh Yayasan YTL kepada kerajaan negeri Perak untuk disumbangkan kepada pelajar miskin.

Katanya rujukan pada klip video di laman Facebook rasmi Menteri Besar Perak mendapati ungkapan seperti tertera di poster yang dimuat naik Fahmi Redza adalah tidak benar dan tidak pernah disebut Saarani. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan