web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semangat Perpaduan Perangi COVID-19 Masih Kurang - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 1:44PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19 dilihat masih kurang, dan menyumbang kepada peningkatan kes positif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengakui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak masih menjadi isu pada masa kini walaupun pandemik itu telah melanda negara lebih setahun.

“Saya fikir ia masih kurang kerana terdapat perselisihan dari segi perpaduan, kita berlawan sesama sendiri dari segi pendapat, pendekatan dan sebagainya, dan bukannya melawan menentang virus ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tamanya pada Webinar Antarabangsa Malaysia Pertama mengenai Bantuan Awal Psikologi oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.

Dr Noor Hisham turut memberi jaminan bahawa semasa krisis ini, setiap keputusan dibuat dengan pertimbangan mendalam.

“Apabila anda mempunyai kehidupan dan mata pencarian, keseimbangan antara kesihatan dengan ekonomi, bagaimana anda mewujudkan keseimbangan yang betul, ini sangat sukar dan mencabar ... untuk mendapat kesan yang minimum pada ekonomi dan hasil maksimum pada kesihatan.

“Inilah sebabnya mengapa kadang-kadang ia tidak mudah, kerana anda perlu mengambil pertimbangan banyak perkara sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘Perpaduan Pelbagai Kaum Hadiah Terbaik Untuk Saya’ - Agong

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad