web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 9:03AM

Perdana Menteri sempat bermesra dengan orang ramai selepas menghadiri Majlis Iftar MADANI semalam - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehidupan di Sarawak yang tenang dan perpaduan utuh dalam kalangan rakyat perlu diteladani semua pihak di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keharmonian di negeri Bumi Kenyalang itu jelas kelihatan walaupun dibarisi penduduk berbilang kaum, agama dan budaya.

Menurut beliau, sebarang isu dan perbezaan perlu diurus dengan hikmah, ihsan serta kasih sayang berbanding pergaduhan, amarah dan kebencian.

“Keamanan dan kestabilan politik di Sarawak, di samping barisan pimpinan yang menggunakan kedudukan dan kuasa untuk rakyat, telah membolehkan hubungan erat terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika merumuskan Majlis Berbuka Puasa MADANI yang dihadirinya di pekarangan Masjid Al-Muttaqin di Kota Samarahan, Sarawak, semalam.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk setempat.

Perdana Menteri menyantuni seorang kanak-kanak lelaki pada Majlis Iftar MADANI semalam - gambar PMO
Perdana Menteri menyantuni seorang kanak-kanak lelaki pada Majlis Iftar MADANI semalam - gambar PMO

Jelas Anwar, hubungan erat tersebut membolehkan kedua pihak mewujudkan kerjasama luar biasa yang menyaksikan buat julung kalinya, Kerajaan Persekutuan dapat menyerahkan tanggungjawab dan kepercayaan penuh buat Kerajaan Negeri untuk memulakan projek pembangunan tertentu.

“Kerjasama ini membolehkan pembinaan infrastruktur seperti sekolah dan klinik, khususnya di luar bandar dan pedalaman dibangunkan dengan lebih pantas dan kos lebih rendah berbanding kaedah biasa,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri di awal u ucapan menitipkan pesan agar semua umat Islam menyelami ibrah Ramadan tahun ini dan meningkatkan iman serta amal, yang menjadi teras kepada disiplin dan integriti diri. 

“Saya turut singgung sikap segelintir masyarakat sejak akhir-akhir ini yang begitu mudah membelit diri dengan isu-isu lama dan gemar memperbesarkan masalah kecil hingga melarat menjadi mudarat,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah