web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Perpaduan Pelbagai Kaum Hadiah Terbaik Untuk Saya’ - Agong

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 5:19PM

Sultan Ibrahim - gambar RPO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perpaduan berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Titah baginda, keharmonian dan semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting untuk kestabilan negara. 

“Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi, saya menerima hadiah kek, buah-buahan dan bunga. Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua buah tangan yang diterima.

“Namun, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah perpaduan antara kaum kerana ia merupakan kunci kepada kemakmuran negara,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda ketika di Johor sering menitikberatkan konsep Bangsa Johor yang kekal diamalkan sejak sekian lama dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. 

“Konsep Bangsa Johor adalah satu contoh yang baik, serta tunjang perpaduan dalam kalangan masyarakat,” titah baginda. 

Sultan Ibrahim bertitah, Yayasan-Yayasan Diraja Johor juga berperanan aktif dalam membantu rakyat pelbagai kaum di Johor.

“Begitu juga, Yayasan Sultan Ibrahim Johor yang menghulurkan pelbagai sumbangan secara berterusan dalam membantu meringankan beban golongan memerlukan.

“Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak mahu menghulurkan sumbangan kepada Yayasan-Yayasan Diraja Johor dan juga yayasan lain di seluruh negara dalam kita bersama-sama meringankan beban rakyat miskin,” titah baginda. - Getaran, 23 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah