web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konkrit, Kerangka Besi Di Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh, 2 Pekerja Cedera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 7:50AM

Konkrit dan kerangka besi di tapak pembinaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang berhampiran susur keluar tol Kota Damansara runtuh semalam. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pekerja binaan warga Bangladesh cedera selepas konkrit dan kerangka besi di tapak pembinaan lebuh raya di Lebuhraya Baru Lembah Klang berhampiran susur keluar tol Kota Damansara dekat sini runtuh petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, kedua-dua mangsa berusia antara 20 hingga 40 tahun sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di bawah struktur konkrit setinggi 12 meter itu.

“Seorang pekerja binaan mengalami cedera ringan manakala seorang lagi cedera parah di bahagian pinggang akibat terkena serpihan runtuhan.

“Semua mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kata Norazam, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.13 malam dan sebuah jentera bersama lapan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 7.34 malam,” katanya.

Sementara itu, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata insiden yang berlaku di tapak pembinaan projek Lebuh Raya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) itu berlaku di kawasan tertutup dan tidak melibatkan pengguna lebuh raya.

“Pasukan Tindak Balas Kecemasan DASH telah berada di tempat kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan perancah besi yang jatuh,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, arahan pemberhentian kerja di tapak pembinaan berkenaan telah dikeluarkan serta merta dan pihak pemaju serta kontraktor utama yang terlibat akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak berwajib. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Subkontraktor DASH Berdepan Kebankrapan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KKR Siasat Kemalangan NKVE Akibat Pemandu Didakwa Keliru Garis Kuning, Putih Bertindih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Norazam Dibenarkan Pulang Ke Rumah, Jalankan Tugas Ringan Pantau Misi SAR

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Beberapa Laluan Di DASH, SPRINT Ditutup Sementara Pada Sabtu - LLM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan