web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sidang DUN Kedah Berlangsung Selepas Parlimen Bersidang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 4:36PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hanya akan diadakan selepas Parlimen bersidang, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Sehubungan itu beliau berkata, tiada tarikh tertentu yang ditetapkan untuk DUN Kedah bersidang dalam tempoh terdekat, baik secara dalam talian atau hibrid kerana masih terikat dengan ordinan darurat.

“Tunggu Parlimen bersidang dulu. Secara semuka atau maya (perancangan DUN Kedah bersidang), kita tunggu perkembangan semasa selepas Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan ringkas melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Jumaat lepas, Pakatan Harapan (PH) Kedah menggesa Menteri Besar Kedah itu menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan kadar segera, bagi memohon perkenan baginda untuk pembukaan semula persidangan DUN.

Ini berikutan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu lalu, yang menzahirkan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara yang dibentang kerajaan, dibahaskan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pula dipetik berkata di peringkat negeri pula, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan meneliti dan merujuk format serta prosedur operasi standard (SOP) persidangan Parlimen terlebih dahulu, untuk dijadikan panduan sebelum sidang DUN Kedah berlangsung kelak.

Kebiasaannya persidangan DUN Kedah berlangsung pada Julai atau Ogos dengan kali terakhir ia diadakan adalah pada 15 hingga 19 Nov tahun lalu, iaitu ketika Menteri Besar Kedah itu membentangkan Belanjawan Kedah 2021. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan