web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


11 Lelaki Ditahan, Bantu Siasatan Perarakan Iring Mayat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 7:53AM

Noorzainy Mohd Noor - Gambar dari Facebook IPD Seberang Perai Utara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Polis menahan 11 lelaki bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dengan berarak mengiringi mayat di Jalan Siram di sini pada 17 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU (ACP) Noorzainy Mohd Noor berkata kesemua mereka yang berusia 15 hingga 35 tahun itu ditahan hari ini di beberapa lokasi di sini dan Mak Mandin bermula 6 petang semalam.

"Kami masih mengesan beberapa lagi lelaki yang  dipercayai turut terlibat dalam perarakan mengiringi mayat dalam kejadian pada Khamis lepas itu.

"Setakat ini, kami telah merekodkan keterangan pengurus rumah pengurusan mayat itu dan menurutnya dia telah melarang kumpulan tersebut daripada berbuat demikian namun mereka tetap berdegil untuk berarak membawa mayat ke tempat pembakaran," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai rakan-rakan si mati iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun yang meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya disebabkan penyakit tibi.

Noorzainy berkata semua lelaki yang ditahan itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. 

"Polis percaya dengan penahanan 11 lelaki itu kami dapat menyelesaikan kes tersebut dan polis sedang melengkapkan kertas  siasatan untuk dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya, menambah kes disiasat menurut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan