web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Mega Bukit Jalil Mula Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 4:21PM

Stadium Nasional Bukit Jalil mula beroperasi hari ini sebagai PPV khusus untuk golongan berusia 60 tahun ke bawah. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) keempat bertaraf mega di Stadium Nasional Bukit Jalil mula beroperasi hari ini khusus untuk golongan berusia 60 tahun ke bawah.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, PPV Stadium Bukit Jalil mampu menampung kapasiti melebihi 10,000 penerima setiap hari.

Bagaimanapun katanya, hari pertama operasi hari ini hanya dihadkan kepada 3,000 penerima sahaja.

Anggota RELA membantu orang ramai yang hadir ke PPV Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar oleh Syeda Imran
Anggota RELA membantu orang ramai yang hadir ke PPV Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar oleh Syeda Imran

“Pada hari pertama ini hanya 3,000 suntikan diberikan untuk kita meneliti masalah yang timbul, sekali gus mencari jalan penyelesaian.

“Menurut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kita akan mulakan dengan kapasiti 30 peratus dan ditingkatkan kepada 5,000 suntikan dalam masa tiga hari,” katanya kepada media, selepas lawatan ke PPV tersebut di sini hari ini.

Khairy memberitahu, PPV berkenaan akan beroperasi pada kapasiti penuh iaitu 10,000 suntikan sehari dalam tempoh seminggu.

Khairy mengambil swafoto bersama orang ramai di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar oleh Syeda Imran
Khairy mengambil swafoto bersama orang ramai di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar oleh Syeda Imran

“Setakat ini kita mengesan beberapa masalah kecil pada hari pertama di PPV ini, antaranya pembatalan janji temu oleh penerima vaksin.

“Kita akan buat post mortem terhadap kehadiran berdasarkan berapa ramai yang hadir dengan jumlah janji temu diberikan dan kita akan teliti balik, mungkin ada antara mereka tidak dapat hadir kerana janji temu diberikan dalam masa singkat,” katanya.

PPV Stadium Nasional Bukit Jalil adalah fasiliti kedua vaksinasi menggunakan kompleks sukan negara dengan yang pertama di Arena Axiata.

Setakat hari ini, terdapat empat PPV bertaraf mega dengan kapasiti mencapai 10,000 suntikan sehari iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), The Mines, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Stadium Nasional Bukit Jalil. - Getaran, 21 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad