web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


22 Lagi Kes Libat Varian Beta, Delta Dikesan - Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 8:34PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 22 lagi kes positif melibatkan Varian yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 bagi tempoh 11 Jun hingga semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 14 kes varian beta (B.1.351) dan lapan lagi adalah kes varian delta (B.1.617.2).

Bagi kes varian beta, masing-masing  tiga kes di Selangor, Sabah dan Terengganu; dua kes di Kedah dan masing-masing satu kes di Perak, Johor, dan Kelantan.

"Lapan kes varian delta pula, masing-masing dua kes dikesan di Johor, Labuan dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu kes di Perlis dan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes melibatkan VOC di negara ini sebanyak 167 setakat semalam, manakala kes Variant Berkepentingan (VOI) pula sebanyak 16 kes bagi tempoh sama.

Di Malaysia, terdapat tiga VOC telah dikenal pasti hingga kini, iaitu varian beta dengan 137 kes, varian delta (21 kes) dan varian alpha (B.1.1.7) dengan sembilan kes.

Bagi VOI pula juga terdapat tiga varian, iaitu varian theta (P.3) dengan 12 kes,  varian eta (B.1.525) sebanyak tiga kes dan varian kappa (B.1.617.1) hanya satu kes.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan meneruskan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2, memperbanyak ujian saringan COVID-19, pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian itu dalam komuniti. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 16 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan