web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesempitan Hidup Bekas Tentera, Lapor Segera Pada JHEV - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 5:04PM

Ismail Sabri (kiri) berbual bersama ahli keluarga Suria ketika lawatan kebajikan di penempatan sementara Dewan Serbaguna Flat Seri Johor, Cheras, hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mana-mana pesara atau veteran tentera berdepan kesempitan hidup diminta melaporkan keadaan mereka kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada kadar segera.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang salah faham, seperti yang berlaku ke atas veteran tentera, Suria Mohd Hassan, 59.

Keadaan penempatan vetran ATM Suria Mohd Hassan di bawah jambatan Loke Yew. - Gambar oleh Sairien Nafis
Keadaan penempatan vetran ATM Suria Mohd Hassan di bawah jambatan Loke Yew. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kisah menimpa Suria meraih perhatian ramai apabila videonya menjadi viral apabila ditemui hidup dalam keadaan daif bersama keluarga di bawah Jambatan Loke Yew di sini.

Menurut Ismail Sabri, beliau tidak mahu melihat kes seumpama itu berlaku lagi pada masa akan datang, khususnya yang membabitkan hal ehwal kebajikan pesara tentera.

“Saya menggesa semua veteran angkatan tentera untuk terus berhubung dengan JHEV pada kadar segera jika berdepan sebarang kesempitan hidup, seperti dialami keluarga Suria.

“Hubungi segera persatuan veteran di daerah masing-masing agar masalah mereka dapat ditangani segera kerana JHEV ada di setiap daerah,” katanya selepas melawat keluarga Suria di Dewan Serbaguna Flat Sri Johor di sini hari ini.

Kisah Suria dan isterinya, Azariyah Abd Aziz, 43 dan lima anak mereka, berusia antara tiga hingga 14 tahun tular di media sosial, apabila terpaksa berteduh di bawah jambatan kerana tidak mampu menyewa rumah sejak November 2019.

Suria bersama keluarga memeriksa sumbangan barang keperluan di yang diterima di penempatan sementara Dewan Serbaguna Flat Seri Johor, Cheras. - Gambar oleh Sairien Nafis
Suria bersama keluarga memeriksa sumbangan barang keperluan di yang diterima di penempatan sementara Dewan Serbaguna Flat Seri Johor, Cheras. - Gambar oleh Sairien Nafis

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, semakan mendapati Suria adalah penerima tetap pencen ATM dan exgratia secara bulanan berjumlah RM1,108.61, selain turut menerima sumbangan one-off di bawah Bantuan Harapan Negara (BHN) berjumlah RM500, elaun Pingat Jasa Malaysia (PJM) berjumlah RM500 serta bantuan khas kerajaan (BKK) RM250.

“Sebagai tambahan, dia juga akan menerima bantuan sara hidup JHEV berjumlah RM300 setiap bulan bermula 1 Julai depan.

“Veteran ini juga akan diberikan sebuah rumah flat di Bandar Tun Razak secara sewa beli, dengan bayaran bulanan yang akan diuruskan Baitulmal,” katanya.

Beliau turut mengingatkan media agar meneliti status sebenar sebarang kisah yang membabitkan kesempitan hidup mana-mana individu, bertujuan mengelakkan sebarang salah faham atau cubaan menangguk di air keruh oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Getaran, 22 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan