web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Artis, Instafamous Dikompaun Langgar SOP PKPB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 6:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan individu dikompaun susulan kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), membabitkan satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini, April lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan atas semua individu terbabit adalah sebanyak RM19,000.

Menurut beliau, kesemua mereka yang juga artis tempatan dan Instafamous itu masing-masing dikenakan kompaun berjumlah RM1,500 setiap seorang.

“Mereka disahkan sebagai Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dan Siti Nr Iman Alysaa Sahabuddin.

“Kesemua individu yang terlibat dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka sewaktu berada di Hotel The Westin, bagi menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Zainal memberitahu, Ariz Ramli daripada syarikat Rindu Raudah Sdn Bhd, selaku penganjur majlis pula dikompaun sebanyak RM10,000.

“Beliau dikompaun akibat gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di sepanjang majlis tersebut berlangsung,” katanya.

Tambah beliau, kesemua kompaun dikeluarkan hari ini oleh Jabatan Peguam Negara selepas siasatan lanjut. - Getaran, 22 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan