web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP 3.0 Beri Kesan Lebih Parah Kepada Peniaga Tempatan - DPPMT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 7:43AM

Ahmad Izani berkata pelaksaan PKP kali ini paling memberi kesan kepada peniaga atau usahawan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini dilihat lebih memberi kesan kepada usahawan dan peniaga berbanding kali pertama Mac tahun lalu, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT).

Yang Di Pertuanya, Ahmad Izani Ab Ghani berkata, ia menyebabkan ramai usahawan dan peniaga terpaksa menutup operasi perniagaan masing-masing, kerana tidak mampu menanggung kerugian.

Menurut beliau, perniagaan yang masih dibuka juga sekadar ‘mengambil syarat’, demi meneruskan kelangsungan usaha tanpa berupaya meraih sebarang keuntungan. 

“Situasi peniaga atau usahahawan kali ini amat teruk. Kesan PKP kali ini sebenarnya lebih buruk berbanding yang pertama dan perniagaan semakin merosot.

“Dulu semasa PKP pertama perniagaan memang jatuh tapi dalam konteks berbeza. Sekarang, kos pelaburan yang lebih tinggi terpaksa dikeluarkan demi memulakan kembali perniagaan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Menurut Ahmad Izani, pertumbuhan perniagaan yang masih lembab selepas pelaksanaan PKP pertama membuatkan ia semakin merosot, apabila aliran wang keluar terus berlaku tanpa sebarang keuntungan.

DPPMT katanya, menerima banyak aduan dan keluhan daripada mereka yang terbeban, selaras dengan fungsi dewan selaku badan yang memperjuangkan nasib peniaga serta golongan usahawan.

“Ada peniaga yang mengadu pada kita, dia mengeluarkan wang  RM10,000 di bawah program i-Sinar untuk dijadikan modal sebagai perniagaan.

“Peniaga ini keluar duit dari i-Sinar dengan harapan nak berniaga di bazar Ramadhan, akhirnya bila jadi macam ini duit habis, stok tak berjalan, simpanan tak tahu ke mana,” ujarnya.

Perkhidmatan spa, hotel dan pertanian jelas beliau lagi, disahkan sebagai sektor paling terjejas di Terengganu. 

“Ada lambakan hasil pertanian sebanyak beribu tan yang tak dapat terjual seperti sayuran dan ubi keledek kerana sekatan pergerakan akibat PKP, tambahan pula terdapat beberapa tempat berdepan pelaksanaan PKP Diperketat (PKPD).

“Bagi membantu mengatasi masalah ini, DPPMT melancarkan beberapa inisiatif kerjasama dengan beberapa pasar raya bagi memasarkan hasil pertanian usahawan terjejas,” katanya.

Ditanya peratus peniaga yang terpaksa menutup operasi mereka pada PKP kali ini, Ahmad Izani berkata DPPMT buat masa ini masih tidak memiliki data yang tepat, namun percaya jumlahnya adalah sekitar 50 peratus.

Jelas beliau, DPPMT menggariskan beberapa cadangan yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam membantu kira-kira 25,000 usahawan Perindustrian Kecil Sederhana (PKS) negeri itu.

Antaranya kata Ahmad Izani, adalah meminta pertimbangan kerajaan negeri untuk melanjutkan tempoh moratorium bayaran sewaan premis perniagaan kepada tiga bulan.

“Kita juga minta supaya kerajaan negeri memberi pelepasan cukai pintu sehingga 70 peratus di bangunan komersil dan potongan harga sehingga 50 peratus untuk bil air di premis seumpama itu.

“Untuk kerajaan pusat kita minta turunkanlah harga bil elektrik sebanyak 50 peratus dan manakala moratorium pinjaman automatik ke atas semua jenis pinjaman dilanjutkan enam bulan ke atas,” katanya.

Kerajaan melaksanakan PKP 3.0 apabila kes baharu harian COVID-19 terus melonjak tinggi yang menyebabkan sejumlah besar perniagaan terpaksa menutup sementara operasi mereka.

Bagaimanapun, industri makanan dan minuman, perkhidmatan kesihatan, utiliti air dan tenaga, pengangkutan termasuk pelabuhan dan lapangan terbang yang dikategorikan sebagai perkhidmatan penting dibenarkan terus beroperasi.

Susulan itu Putrajaya turut mengumumkan pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) berjumlah RM40 bilion. - Getaran, 23 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan