web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Separuh Rakyat Kelantan Sudah Daftar Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 12:04PM

Dr Zaini (kiri) melawat PKRC Pusat Tarbiah Islam Kelantan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pendaftaran vaksin di Kelantan terus meningkat apabila hampir 50 peratus daripada jumlah yang layak menerima vaksin sudah mendaftar melalui pelbagai cara, termasuk aplikasi MySejahtera dan Program Outreach Vaksinansi COVID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sehingga semalam seramai 603,289 penerima yang layak sudah mendaftar, daripada jumlah keseluruhan 1.2 juta individu.

Katanya, peningkatan ini sebahagian besar disumbangkan oleh kesedaran orang ramai terhadap kepentingan vaksin COVID-19 yang kian meningkat.

“Selain itu, kejayaan program outreach di kawasan kampung dan pedalaman juga menjadi faktor peningkatan pendaftaran vaksin di kalangan rakyat Kelantan.

“Ini dibantu usaha pelbagai pihak untuk memastikan individu yang layak berdaftar,” katanya kepada media selepas lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Pada lawatan itu beliau turut menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) dari Jabatan Penjara Kelantan untuk petugas barisan hadapan.

Dr Zaini (kanan) menerima PPE yang disampaikan Jabatan Penjara Kelantan.
Dr Zaini (kanan) menerima PPE yang disampaikan Jabatan Penjara Kelantan.

Hadir sama, Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali dan Pengarah Jabatan Penjara Kelantan, Mat Yaacob.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Zaini berkata, setakat ini lebih 285,000 suntikan sudah diberikan, mencakupi 196,784 dos pertama dan baki 88,376 lagi untuk kedua.

Beliau juga memberitahu, Kelantan menduduki senarai 10 teratas dalam pemberian vaksin di seluruh negara.

“Kita jangka jumlah itu akan terus meningkat dan berharap dos vaksin yang dijanjikan kerajaan sebanyak 550,000 dos pada Julai ini akan diperolehi.

“Selepas mendapat vaksin itu, kita akan melakukan pelbagai cara untuk memberi vaksin kepada rakyat Kelantan termasuk meningkatkan jumlah program outreach dan merancang untuk menambah lima lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya.

Jelas beliau, setakat ini, Kelantan memiliki 18 PPV dan bakal menambah beberapa PPV lagi di beberapa daerah termasuk kawasan kampung. - Getaran, 23 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 16 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan