web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usah Ambil Mudah Urusan Wasiat, Elak Sengketa Sesama Waris

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 8:34AM

Khamarul Azhar Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kisah perebutan dan persengketaan mengenai pembahagian harta pusaka yang berlaku di Malaysia bukan perkara baharu, khususnya dalam kalangan komuniti Melayu.

Ia berikutan masih ramai yang tidak peka dan sensitif mengenai penamaan harta pusaka kerana tidak pernah membuat sebarang perancangan dan pembahagian harta, semasa hayat masih ada.

Menurut Perunding Pewarisan Harta Islam, Khamarul Azhar Hashim, ramai dalam kalangan umat Islam tidak mengetahui operasi pengurusan pusaka yang berpotensi mencetuskan konflik kepada waris sekiranya tidak dirancang sedari awal.

“Perkara sebegini akan memberi kesan kepada masa akan datang seperti pergaduhan dalam keluarga.

“Apabila seseorang itu sudah meninggal dunia, status harta bertukar milik kepada waris dan memerlukan mereka menjalani tiga proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbiran serta pembahagian kepada waris yang layak,” katanya kepada Getaran.

Justeru jelas beliau, persediaan awal perlu dilakukan ketika pemilik masih hidup, bukan mengambil ringan dan terbiar tanpa perhatian khusus sehingga mereka meninggal dunia.

“Sekiranya semua proses itu tidak dilakukan semasa hayat masih ada, ia hanya akan menyukarkan agihan harta peninggalan dan ada kemungkinan, tidak dapat diwarisi ahli keluarga yang layak.

“Jika pemilik sudah meninggal dunia, proses yang pertama ialah perlu ada perolehan kuasa, siapa yang boleh mendapatkan kuasa mewakili waris tadi. Jika tiada perancangan daripada sudut pentadbiran, maka akan ada cabaran untuk harta itu akan kekal beku,” katanya.

Mengulas lanjut, Khamarul Azhar berkata, laporan Jabatan Tanah dan Galian Negara 2020 mendedahkan statistik harta beku yang melebihi RM70 bilion dan jumlah itu kian meningkat saban tahun.

“Sebab itu hari ini kalau kita lihat, sebanyak lebih 70 billion harta pusaka beku tidak bertuan. Kalau nak digambarkan jumlah tersebut memang banyak. Kalau dizakatkan harta yang dibekukan tadi, kutipan mungkin lebih 1.6 billion ringgit setahun.

“Harta pusaka majoriti milik orang Melayu di negara ini, tidak dituntut sejak merdeka dan ia menjadikan harta tersebut tidak dapat diuruskan kerana perolehan kuasa itu pun sudah tersekat,” jelasnya lagi.

Beliau menarik perhatian, semua waris terbabit yang perlu dipanggil seeloknya dapat berbincang secara waras serta rasional bagi memastikan semua prosedur berjalan dengan lancar, mudah dan cepat.

Jelas Khamarul Azhar lagi, kesedaran umat Islam di negara ini terhadap pengurusan harta pusaka, berada pada tahap amat membimbangkan.

“Saya amat berharap ketua keluarga dapat berbincang bersama keluarga dan menjelaskan mengenai wasiat, hibah serta harta pusaka bagi mengelakkan konflik pembahagian harta sesama keluarga.

“Kita amat digalakkan untuk menyediakan bekalan sedekah jariah sebelum menemui ajal. Dalam konteks ini, seseorang boleh membahagi hartanya semasa hidup secara sedekah dan wakaf, sama ada dalam bentuk harta alih dan harta tidak alih,” katanya.

Beliau memberitahu, mana-mana pemilik juga digalakkan untuk memberikan harta kepada insan disayangi, seperti anak angkat atau waris yang terhalang daripada menerima harta pusaka secara wasiat.

“Ia bermakna, sesiapa sahaja boleh menyediakan perancangan tersebut semasa hidup dan dilaksanakan sebaik sahaja kita meninggal dunia pada kadar tidak melebihi daripada 1/3 harta pusaka seseorang itu.

“Semua masyarakat perlu sedar akan kepentingan menulis surat wasiat kerana ia merupakan kaedah yang membolehkan seseorang yang terhalang daripada menerima harta pusaka, menikmati sebahagian daripada hasil titik peluh kita selama ini,” tegasnya.

Kelebihan menulis surat wasiat tambah Khamarul Azhar lagi, mampu mempercepatkan proses pembahagian harta serta mengelak persengketaan antara waris, di samping membolehan pelantikan wasi atau pentadbir yang diyakini bertanggungjawab, amanah dan berkesan dapat dibuat.

“Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang ingin memberikan harta pusaka itu secara langsung pada masa hidup, mereka boleh melakukannya secara hibah.

“Hal ini kerana, pemberian secara hibah tidak mempunyai had dan siapapun boleh menerimanya termasuk waris,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan