web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Parlimen Cukup Kelengkapan, Bersedia Sidang Secara Hibrid - Rashid Hasnon

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 10:12AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parlimen mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk melaksanakan persidangan Dewan Rakyat secara hibrid pada bila-bila masa, jika diperlukan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihak Parlimen juga dalam proses perolehan untuk menambah bahagian teknikal lain yang diperlukan.

“Sudah pasti cukup bersedia dan kelengkapan yang ada adalah mencukupi, kita sedang melakukan penambahan bagi melaksanakannya (persidangan secara hibrid),” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, sehingga kini belum ada tarikh tertentu untuk Dewan Rakyat bersidang dan ia akan mengikut Peraturan Mesyuarat, yang menetapkan keperluan memberi notis 28 hari sebelum persidangan bermula.

“Kita serah kepada hemat Ketua Majlis untuk pelaksanaan berikutnya,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan persidangan Parlimen secara hibrid adalah norma baharu dan tidak mustahil serta akan menjadi sejarah kepada Malaysia, ketika berdepan pandemik COVID-19.

“Ia juga adalah cabaran baharu kepada Speaker, apabila kita akan berhadapan dengan ‘monitor-monitor’ untuk melihat Ahli-ahli Parlimen,” katanya.

Mohd Rashid berkata, sekiranya berlaku persidangan Dewan Rakyat secara hibrid, terdapat beberapa peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang perlu dipinda, contohnya proses undian, dan semua pindaan yang diperlukan akan dimasukkan sebagai satu Senarai Tambahan (Addendum) kepada Peraturan Mesyuarat sedia ada.

“Satu contoh lagi, Parlimen melihat kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 62 Tatacara Parlimen.

“Pada 62(5) ada disebut Ahli-ahli yang tidak hadir di dalam sesuatu Majlis Parlimen tidaklah dibenarkan mengundi. Tetapi ia dibaca juga pada 62(1) iaitu tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri,” katanya.

 Ditanya bilangan Ahli Parlimen yang perlu hadir secara bersemuka di Dewan Rakyat sekiranya pindaan dilakukan, Mohd Rashid berkata bilangan minimum untuk cukup korum bersidang ialah 26 Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, Dewan Rakyat (dengan petua Speaker) pernah membuat ketetapan sehingga 80 maksimum (keberadaan di dalam Dewan Rakyat) tetapi jumlah sebenar dan kaedah masih diperhalusi di peringkat akhir. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan