web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Semasa Pelan Pemulihan Negara Masih Dalam Proses Perincian - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 6:32PM

Tengku Zafrul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih sedang dalam proses perincian, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Beliau berkata kajian lebih lanjut turut dilakukan tentang langkah-langkah seterusnya yang boleh diperkenalkan untuk membantu kelangsungan rakyat dan perniagaan dalam mendepani cabaran sepanjang bulan-bulan yang datang.

“Bagaimanapun, bantuan sedia ada akan disalurkan secara berterusan termasuklah pakej PEMERKASA Tambahan yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat semasa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-58, yang dikeluarkan, hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, PPN akan dijalankan secara berfasa dengan nilai ambang atau indikator-indikator utama yang perlu dicapai sebelum beralih dari satu fasa ke fasa yang seterusnya.

Indikator utama yang dipantau ialah bilangan kes jangkitan harian; keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU, serta tahap populasi yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Ini bermakna, sekiranya nilai ambang yang ditetapkan tidak dicapai, negara tidak akan bergerak ke fasa berikutnya di dalam PPN,” katanya. 

Menurutnya, kerajaan juga melindungi individu yang hilang pekerjaan daripada semua golongan dan juga mereka yang terjejas dalam sektor-sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Fasa 1, 2 dan 3.

Sebagai satu bentuk perlindungan daripada masalah kewangan dan aliran tunai, beliau berkata, mereka boleh mendapatkan moratorium pinjaman automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Kementerian Kewangan telah menekankan kepada sektor perbankan supaya mempermudahkan pelaksanaan bantuan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau pun pengurangan pendapatan,” katanya.

Sementara itu, jumlah permohonan bagi dana pinjaman mudah perusahaan kecil sederhana (PKS) yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetujui dan diterima oleh PKS adalah RM12.14 bilion setakat 11 Jun 2021, yang akan memberi manfaat kepada 25,711PKS.

Tengku Zafrul berkata jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2021 dijangka mencapai angka lebih tinggi berbanding tahun lalu, berikutan wujudnya tanda-tanda positif bahawa ekonomi negara sedang dalam tahap pemulihan dengan pakej-pakej rangsangan kerajaan yang membuahkan hasil.

“Setakat suku kedua tahun ini, negara telah mencapai nilai hampir RM100 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama, dengan keyakinan tinggi bahawa tahap pelaburan lebih tinggi mampu dicapai menjelang akhir tahun ini termasuk pelaburan langsung asing,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad