web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selamatkah Pejabat Anda Daripada Virus COVID-19?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:51AM

WHO menyatakan bahawa bangunan tertutup yang mempunyai pengudaraan tidak baik lebih berisiko menyebarkan COVID-19 berbanding luar bangunan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangkitan COVID-19 di Malaysia, melibatkan kluster tempat kerja antara penyumbang utama peningkatan kes sejak akhir-akhir ini.

Namun sehingga kini, penyebaran virus melalui bawaan udara mungkin antara faktor mengapa kadar jangkitan COVID-19 masih kekal tinggi.

“Kerana itu apabila berada di pejabat, amat disarankan untuk kita menggunakan pelitup muka dan elakkan untuk duduk terlalu rapat antara satu sama lain kerana semua perkara berkenaan boleh menyumbang kepada berlakunya jangkitan di tempat kerja.''

Statistik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini juga menunjukkan sektor perkilangan adalah penyumbang tertinggi bagi kategori kluster tempat kerja.

Persoalannya, benarkah bangunan tertutup yang mempunyai pengudaraan tidak baik lebih berisiko untuk menularkan COVID-19 berbanding luar bangunan?

Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Nazlina Ibrahim berkata, beliau tidak menafikan pengudaraan di tempat kerja berpotensi menjadi faktor penyumbang kepada jangkitan COVID-19.

“Saya memang terlibat dengan kajian tersebut, jadi apa yang kita lihat adalah dalam udara kita ini ada zarah terampai seperti habuk halus dan habuk halus ini pula ada potensi untuk mengandungi virus bersama-sama zarah terampai ini.

“Di tempat kerja kita, selalunya udara tertutup, ada penyaman udara jadi pengudaraan itu berada di persekitaran. Jika ada seorang yang telah dijangkiti COVID-19 berada di kawasan tersebut dan bercakap tanpa menggunakan pelitup muka, batuk atau bersin, maka virus itu akan berada di dalam persekitaran untuk tempoh tertentu,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut lanjut beliau berkata, pemakaian pelitup muka adalah perlu ketika berada di pejabat, bagi mengurangkan risiko jangkitan jika udara disedut sudah dicemari virus COVID-19 yang dibawa pesakit.

“Sekiranya udara tidak ditukar maka virus tersebut akan terampai dan memungkinkan udara mengandungi virus memasuki sistem pernafasan.

“Kerana itu apabila berada di pejabat, amat disarankan untuk kita menggunakan pelitup muka dan elakkan untuk duduk terlalu rapat antara satu sama lain kerana semua perkara berkenaan boleh menyumbang kepada berlakunya jangkitan di tempat kerja,” tegasnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menyatakan, bangunan tertutup yang mempunyai pengudaraan tidak baik lebih berisiko menyebarkan COVID-19 berbanding luar bangunan.

Kajian sebuah universiti tempatan pula melaporkan, ruangan tertutup serta operasi pendingin hawa yang mengitar semula udara akan memudahkan penyebaran virus melalui aerosol.

Virus COVID-19 dilaporkan mampu terampai lama dalam udara dan tersebar antara dua sehingga enam meter dalam ruangan tertutup tanpa pengaliran udara segar.

Justeru, bagi menangani masalah ini, setiap syarikat perlu meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP), khususnya membabitkan aspek pengudaraan di tempat kerja. - Getaran, 26 Jun 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan