web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin Pfizer, Sinovac, AZ, Sesuai Untuk Ibu Mengandung - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 2:12PM

Hampir 109,607 pendaftaran vaksin bagi golongan ibu mengandung diterima di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca sesuai diberikan kepada golongan ibu mengandung berdasarkan panduan yang dikemas kini Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun Pfizer kekal disyorkan manakala AstraZeneca dan Sinovac kini juga telah diklasifikasikan sebagai bersesuaian.

“AstraZeneca tidak lagi dikontraindikasikan kepada kehamilan dan Sinovac pula disyorkan oleh laporan interim Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk ibu hamil dan menyusukan anak berikutan manfaatnya jauh lebih besar daripada potensi risiko yang dikaji,” katanya pada sidang media selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) ibu mengandung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Khairy berkata setakat ini, hampir 109,607 pendaftaran vaksin bagi golongan ibu mengandung diterima di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 11,663 dijangka bersalin (EDD) pada Ogos ini dan golongan itu diberi keutamaan.

Katanya, lebih 10,000 ibu mengandung telah diberi janji temu dengan nota ‘Expectant Mother’ pada janji temu mereka.

Beliau berkata lebih kurang 6,000 ibu mengandung dijadualkan janji temu di PPV MITEC dan PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid untuk menerima vaksinasi  hujung minggu ini dan ia berlangsung di seluruh negara dengan jumlah yang berbeza.

Ibu mengandung kekal menjadi penerima vaksin COVID-19 berkeutamaan tinggi berdasarkan risiko jangkitan COVID-19 untuk kumpulan itu, katanya.

Mengenai industri, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata sebanyak empat PPV industri sedang beroperasi manakala 19 lagi akan beroperasi menjelang akhir bulan ini.

Beliau berkata PPV industri minyak dan gas di Kerteh, Terengganu akan beroperasi pada 1 Julai dan PPV Industri Eastern Steel di Kemaman pula beroperasi pada 2 Julai. 

Beliau menjelaskan program vaksinasi sektor ekonomi akan diperluaskan ke industri lain dalam masa terdekat. 

Sementara itu, Khairy berkata perancangan rapi sedang dibuat bagi mengelakkan kejadian kehabisan stok vaksin di PPV.

Mengakui terdapat beberapa PPV kehabisan stok vaksin, beliau berkata kadar penggunaan vaksin yang tinggi menyebabkan stok bekalan vaksin cepat habis.

“Kita ada penghantaran pada Julai, jadi perkara ini tidak akan berlaku. Kita mempunyai lebih lapan juta dos dan tujuh juta telah digunakan manakala sejuta dos dalam edaran,” katanya.

Beliau berkata seramai 99 peratus warga emas di Kuala Lumpur yang berdaftar sama ada telah divaksinasi atau mendapat janji temu untuk vaksinasi manakala Selangor mencatatkan 88 peratus. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan