web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suapan RM150,000, Pegawai Perolehan Kementerian Dicekup SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 7:12PM

Seorang pegawai bahagian perolehan sebuah kementerian ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes rasuah - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bahagian perolehan sebuah kementerian ditahan selepas disyaki menerima suapan sebanyak RM150,000 daripada kontraktor bagi mendapatkan projek bernilai RM2.6 juta.

Suspek yang berusia 39 tahun ditahan kira-kira jam 8 malam tadi, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan membabitkan kes rasuah di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya.

Menurut sumber, penahanan suspek terbabit merupakan tindakan susulan SPRM selepas menyiasat seorang penolong setiausaha bahagian di kementerian sama dan pemilik serta pengurus syarikat yang ditahan sejak 21 Jun lalu.

Katanya, siasatan itu berjaya membongkar kegiatan sindiket yang dipercayai telah membolot 22 projek berjumlah RM135 juta di kementerian tersebut sejak 2017 hingga 21 Jun lalu.

“Ia termasuk projek yang membawa kepada penahanan pegawai bahagian peroleh berkenaan,” katanya.

Menurut sumber, sebaik sindiket mendapatkan kontrak yang diinginkan, mereka dipercayai mengupah pihak lain untuk mengendalikan projek tersebut.

“Bagi projek bernilai kira-kira RM2.6 juta itu, ia melibatkanpembekalan kelengkapan menyelam bagi sebuah agensi penguatkuasa,” katanya.

Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 28 Jun untuk siasatan lanjut.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas SPRM membuat permohonan berkenaan pagi ini.

Pada 21 Jun lalu, empat pemilik syarikat kejuruteraan marin telah direman SPRM kerana disyaki memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan projek pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan marin di agensi penguatkuasa sama yang dianggarkan berjumlah RM10 juta.

Susulan itu, seorang penolong setiausaha bahagian kementerian telah ditahan pada keesokan harinya dan diikuti penahanan seorang pengurus syarikat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Getaran, 26 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan