web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misteri Bau Busuk Terungkai, Mayat Warga Emas Ditemui Terbaring

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 12:38PM

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Misteri bau busuk yang dihidu jiran dari sebuah rumah di Taman Sri Sayang, Pengkalan, di sini, terbongkar dengan penemuan mayat lelaki warga emas di bahagian dapur rumah itu, hari ini.

Difahamkan, penduduk di taman berkenaan menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan selepas terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan itu pada jam 8.03 pagi, sebelum sepasukan anggota yang tiba di lokasi mendapati pintu rumah itu berkunci.

Katanya, pihak bomba meminta kebenaran polis untuk membuka pintu rumah berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Sebaik dibuka, pihak kami menjumpai mayat manusia di bahagian dapur rumah berkenaan.

“Mangsa seorang warga emas berusia 74 tahun dan ditemui dalam keadaan terbaring,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. - Getaran, 28 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan