web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ACCCIM Bimbang Lanjutan Fasa Pertama PPN Ke Atas Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:14AM

ACCCIM meminta supaya kerajaan menggunakan pendekatan kawalan pergerakan bersasar berbanding sekatan pergerakan yang dijalankan di seluruh negara. - Gambar Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menyuarakan kebimbangan terhadap lanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke atas ekonomi dan perniagaan.

ACCCIM dalam kenyataan berkata, kajian pihaknya mendapati 77.1 peratus daripada 442 syarikat masih bimbang mengenai aliran tunai, kredit dan kos. 

“Lebih 60 peratus daripada syarikat menunjukkan keadaan perniagaan, aliran tunai dan situasi penghutang yang lebih buruk pada separuh kedua 2021 berbanding separuh pertama 2021.

“Fasa kawalan pergerakan ini telah mengancam kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, individu dan golongan bekerja sendiri dalam sektor tidak formal turut berdepan masalah kewangan,” katanya.

ACCCIM berpandangan, vaksinasi adalah satu-satunya penyelesaian untuk membantu membina perlindungan dan kembali kepada keadaan biasa, manakala sedikit pengubahsuaian kepada pelanjutan fasa pertama ini boleh dilakukan untuk menyokong beberapa tahap kegiatan ekonomi dan perniagaan serta kehidupan seharian.

Sehubungan itu, ia menggesa kerajaan untuk menyokong beberapa tahap aktiviti ekonomi dan perniagaan, termasuk kelulusan menyeluruh kepada semua rantaian bekalan untuk beroperasi pada kadar 60 hingga 70 peratus kapasiti pekerja di bawah prosedur operasi standard yang lebih ketat. 

“Gunakan pendekatan kawalan pergerakan bersasar berbanding sekatan pergerakan di seluruh negara, disokong oleh data saintifik dan telus,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga perlu terus menggerakkan sumber perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta untuk mempercepatkan vaksinasi dan meluluskan proses membenarkan penyumberan vaksin daripada sektor swasta serta menggunakan pas vaksinasi sebagai asas untuk menyelaraskan langkah penjarakan sosial dan perjalanan rentas negeri.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan fasa pertama di bawah PPN perlu dilanjutkan memandangkan jumlah kes COVID-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan