web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pecah Masuk Syarikat Logistik: 2 Polis Dibebas Atas Arahan Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 10:05PM

Sidang media oleh polis beberapa hari lalu menunjukkan wang tunai yang dirampas daripada beberapa suspek yang ditahan dalam kes pecah masuk sebuah syarikat logistik di Alor Setar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Dua anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000, di sebuah syarikat logistik di Alor Setar pada 23 Jun lepas, dibebaskan semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua anggota berpangkat koperal itu yang sebelum ini antara 10 yang ditahan berkaitan kes itu, dibebaskan atas arahan mahkamah.

“Mereka dibebaskan atas arahan mahkamah, manakala 92 peratus wang yang dilarikan ditemui dalam beberapa siri serbuan dan tangkapan sebelum ini.

“Kita masih menyiasat mengenai baki wang yang belum ditemui, dan lapan individu lain yang masih ditahan. Lapan suspek itu ditahan reman sehingga 1 Julai ini dan kemungkinan akan disambung untuk melengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pematuhan prosedur operasi standard di beberapa buah kilang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi pada 23 Jun lalu, sekumpulan penjenayah memecah masuk premis pejabat syarikat itu dan melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000.

Susulan itu, polis telah menahan 10 suspek berusia antara 20-an hingga 50-an, termasuk tiga anggota polis iaitu seorang sarjan dan dua koperal dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Alor Setar dan menemui semula sebahagian besar wang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan