web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlis Benarkan Solat Jemaah Di Masjid Dengan SOP Ketat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 10:24AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Perlis membenarkan umat Islam di negeri ini menunaikan solat berjemaah di masjid dengan pematuhan  prosedur operasi standard (​SOP) ketat bermula esok (1 Julai).

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kebenaran tersebut mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19  di negeri ini.

“Semua masjid di negeri ini dibenarkan untuk menerima kehadiran jemaah dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid bermula waktu Subuh esok sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN),” titah baginda dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah semua jemaah perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan hanya terdiri daripada ahli kariah berusia 12 hingga 59 tahun sahaja.

“Bagaimanapun bagi jemaah yang berusia 60 tahun dan ke atas hanya mereka yang telah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 dibenarkan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah sebagai langkah kawalan, mereka terlibat dengan aktiviti rentas negeri termasuk yang berulang-alik bekerja pada setiap hari juga tidak dibenarkan.

Titah baginda solat jenazah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dengan terhad kepada petugas dan keluarga terdekat sahaja dengan pematuhan SOP sepanjang masa.

“Semua aktiviti lain termasuk kuliah agama masih tidak dibenarkan, orang ramai boleh meneruskan kelas pengajian secara maya  melalui Program ‘Perlis Mengaji’ yang disiarkan terus menerus di Laman Facebook MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Suara Sunnah Channel selain siaran oleh Studio ISNAD Jabatan Mufti Negeri Perlis,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan