web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1MDB: Perbicaraan Disambung Isnin Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 1:54PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion, akan bersambung 5 Julai di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara semalam dan hari ini di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, namun ditangguh berikutan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kami menerima e-mel daripada mahkamah petang semalam yang memaklumkan perbicaraan kes 1MDB dilapangkan untuk minggu ini. Mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini, tarikh perbicaraan seterusnya akan bermula 5 hingga 8 Julai,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Perbicaraan kes 1MDB kali terakhir didengar pada 27 Mei lepas. 

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan