web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Selangor M40 Boleh Mohon Skim Internet Selangor Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 3:12PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Rakyat Selangor khususnya bagi golongan M40, kini boleh memohon Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 (SISM40), yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, mulai esok.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, inisiatif pertama kali pihaknya menerusi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu, akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu Telekom Malaysia (TM) melalui perkhidmatan Unifi, di mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat Selangor kategori M40.

“Sebelum ini banyak inisiatif kerajaan negeri tertumpu kepada membantu golongan B40, namun kita juga sedar bahawa golongan M40 turut terkesan.

“Oleh itu kerajaan negeri telah bekerjasama dengan TM, bagi memperkenalkan SISM40 sebagai usaha membantu rakyat Selangor, khususnya dalam menghadapi norma baharu dalam era digital,” katanya.

Amirudin yang berterima kasih kepada TM melalui kerjasama tersebut, menyeru lebih banyak pihak swasta untuk tampil menyalurkan bantuan kepada rakyat, di saat sukar sebegini.

Jelas beliau lagi melalui SISM40, setiap isi rumah berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun, dengan melanggan satu daripada lapan pakej yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.

Untuk maklumat berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran, orang ramai boleh melayari https://www.sism40.com.my/ atau menghubungi talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) kecuali pada cuti umum. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan