web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tekanan Meningkat Akibat Pandemik COVID-19 - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 7:37AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun lalu, mengundang pelbagai implikasi terhadap kehidupan masyarakat, termasuk kehilangan pekerjaan serta belenggu hutang yang berisiko menjejaskan kesihatan mental serta fizikal.

Lebih menyedihkan apabila sepanjang tempoh ini, hampir setiap hari kita dihidangkan dengan laporan jenayah dilakukan segelintir individu, sebagai jalan pintas menyelesaikan kemelut dialami, tidak kurang mereka yang bertindak di luar batas kewarasan apabila sanggup meragut nyawa sendiri.

“Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling”

Perkara itu diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya semalam, apabila mendedahkan bahawa pandemik terbabit memberi kesan amat besar kepada masyarakat, malah kes bunuh diri yang direkodkan sepanjang tempoh krisis kesihatan berkenaan semakin meningkat.

Jelasnya, trend bunuh diri di Malaysia direkodkan sebanyak 631 kes sepanjang tahun lalu, manakala sebanyak 336 lagi dicatatkan sejak tiga bulan lalu.

“Sekiranya masalah kesihatan dan kemurungan dihadapi individu berkenaan gagal dikenal pasti serta dirawat dengan baik, perkara itu boleh meningkatkan risiko bunuh diri.

“Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling, dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri,” katanya.

Menurut Profesor Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Murnizam Halik, peningkatan kes bunuh diri ketika ini adalah trend membimbangkan kerana merujuk kepada tahap kesihatan mental masyarakat.

Katanya, ada kajian dijalankan pakar bidang psikologi, menyatakan individu memiliki personaliti ekstrovet atau suka berhubung dengan orang luar, sering bercerita dan memerlukan hubungan sosial meluas lebih berpotensi untuk berdepan masalah kesihatan mental, berbanding golongan introvert, kerana fitrah mereka yang gemar menyendiri.

“Bagaimanapun saya merasakan bahawa apa pun personaliti seseorang, mereka akan menghadapi masalah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) disebabkan terkurung atau terpaksa tinggal di kediaman masing-masing dalam masa lama, sekali gus memberikan kesan terhadap persediaan mental untuk menempuh situasi terbabit.

Dr Murnizam Halik
Dr Murnizam Halik

“Situasi ini akan membuatkan mereka berfikir macam-macam perkara, sama ada positif atau negatif yang menentukan tindakan mungkin diambil, jadi sekiranya sangat tertekan, individu terbabit berisiko membunuh diri,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Berkongsi mengenai satu teori dibuat Rotter pada tahun 1954, Murnizam mengetengahkan bahawa terdapat dua tahap lokus kawalan dalam diri individu ketika berdepan situasi sukar.

Mengulas lanjut beliau berkata, semakin tertekan seseorang itu, lokus kawalannya menjadi lebih tinggi yang menyebabkan apabila terjadi perkara buruk dalam kehidupan atau berdepan kegagalan, mereka menyalahkan faktor luaran sebagai punca dan sekiranya gagal mengawal keadaan, golongan tersebut bertindak melakukan jenayah atau bunuh diri.

“Seseorang yang mempunyai lokus kawalan rendah, memiliki pengawalan diri lebih tinggi kerana menganggap apa yang terjadi disebabkan diri sendiri dan menjadikan mereka kurang tertekan serta tahu bagaimana untuk mengendalikan situasi dengan lebih baik,” katanya, panjang lebar.

Ditanya cara paling berkesan untuk menangani masalah mental akibat COVID-19, Murnizam berkata, di sebalik nasihat untuk menjadikan individu lebih tenang, punca kepada permasalahan itu perlu dikenal pasti bagi membolehkan mereka dibantu sebaiknya.

“Ada individu menjadi sangat tertekan atas sebab di luar kawalan, contohnya masalah fizikal seperti kehilangan mata pencarian walaupun mereka tetap perlu menjalani kehidupan, makan, membayar sewa dan sebagainya seperti biasa.

“Terdapat individu sangat tertekan disebabkan diri sendiri, contohnya membaca blog, berita dan maklumat negatif di aplikasi perbualan yang membuatkan mereka terlalu terpengaruh serta bertindak ke arah negatif,” katanya.

Murnizam memberitahu, keadaan terbabit boleh ‘dirawat’ menerusi kaedah kaunseling mental jika ia membabitkan diri sendiri, termasuk menerusi perkhidmatan percuma disediakan pihak berkaitan, khususnya hospital.

“Tetapi apabila membabitkan masalah fizikal, mereka perlu ditawarkan perkhidmatan praktikal kaunseling, iaitu ditunjukkan jalan bagaimana mendapatkan bantuan paling sesuai, contoh penstrukturan semula pinjaman, geran perniagaan atau subsidi bagi memastikan mereka mampu meneruskan kelangsungan kehidupan lebih baik,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan