web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sokongan, Dorongan Positif Keluarga Penting Untuk Elak Kejadian Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 8:11AM

Dr Abdul Razak Abd Manaf - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Keluarga perlu memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan dan dorongan positif kepada ahli keluarga yang kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan akibat pandemik COVID-19 bagi mengelakkan kepada tingkah laku bunuh diri.

Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf berkata ahli keluarga yang lain tidak boleh bertindak menambah lagi kedukaan golongan itu dengan pelbagai tohmahan dan kejian yang menyakitkan emosi mereka.

Beliau berkata semua ahli keluarga termasuk mentua dan ipar-duai perlu menggembleng usaha menyediakan ruang bantuan emosi yang positif kepada individu dalam keluarga yang menghadapi kesukaran ketika ini.

“Dalam keadaan seseorang hilang pekerjaan dan punca pendapatan serta berada dalam keadaan tekanan, ia akan mempengaruhi dinamik perhubungan individu berkenaan dengan ahli keluarga, kawan rapat dan masyarakat sekeliling.

“Perasaan atau emosi bercelaru memikirkan keadaan diri dan ketidaktentuan kehidupan.

“Rasa sedih, cemas, bimbang, marah dan pelbagai emosi negatif lain akan mudah terzahir apatah lagi bila ada faktor lain yang menambah kebarangkalian tingkah laku ‘buruk’ terjadi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada 2020 iaitu 631 kes berbanding 609 kes pada 2019 dan hingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada PDRM.

Abdul Razak berkata kesukaran menyara keluarga atau menyediakan kehidupan selesa serta menjamin kesejahteraan kewangan secukupnya boleh mencetuskan kegelisahan atau tekanan melampau kepada segelintir individu sehingga menjurus kepada keinginan untuk membunuh diri akibat rasa putus asa.

Individu terbabit disarankan meluahkan segala permasalahan dihadapi dengan cara bercerita masalah tersebut kepada seseorang yang mereka percaya bagi meringankan beban yang terbuku dalam fikiran.

Mereka juga boleh mendapatkan sokongan psikososial sama ada menerusi ahli keluarga, rakan ataupun ahli profesional di organisasi yang menawarkan perkhidmatan psikososial seperti pekerja sosial profesional, kaunselor dan pakar psikiatri.

Sokongan psikososial dan pendekatan kerohanian itu juga banyak disediakan secara dalam talian bagi memudahkan golongan tersebut mendapatkan bantuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Hiba Hati Ayah Lihat Jasad Anak Lemas Di Takungan Air

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan