web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyelam Skuba Ditemukan Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 7:30AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Seorang penyelam skuba ditemukan lemas ketika mengikuti kursus selaman berhampiran Tokong Laut, Pulau Perhentian, Terengganu, dalam kejadian petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata mayat mangsa Mohamad Abbass Shabki, 22, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 2.40 petang.

Beliau berkata terdahulu Bot Kilat 28 APMM Kelantan dengan kekuatan seramai lima anggota telah diatur gerak menuju ke lokasi kejadian yang jaraknya lebih kurang 12.7 batu nautika daripada Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada Malaysia Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan.

“Sebelum ketibaan Bot Kilat 28, polis bersama komuniti pulau telah melakukan pencarian di lokasi terakhir mangsa dilihat. Mayat mangsa, Mohamad Abbass telah ditemukan oleh penduduk pulau lebih kurang pada 2.40 petang dan dibawa ke jeti Pulau Perhentian Besar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Muhd Nur Syam berkata mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan oleh Bot Kilat 28 dan tiba pada 4 petang untuk diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mangsa dan empat rakan yang berasal dari Kelantan didapati merentas negeri tanpa kebenaran. Apabila disoal, tujuan mereka merentas negeri adalah untuk membekalkan makanan ke Pulau Perhentian.

“Untuk itu, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya atas kesalahan ingkar Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Polis turut akan mengambil tindakan terhadap pengusaha yang terbabit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan