web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Impact Malaysia Tawar Pengangkutan Percuma Kepada Golongan Rentan Ke PPV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 7:46AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Impact Malaysia menawarkan bantuan pengangkutan percuma dalam bentuk perkhidmatan e-hailing Grab atau bantuan tunai kos pengangkutan peribadi kepada golongan memerlukan untuk ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Menurut kenyataan Impact Malaysia semalam, bantuan itu ditawarkan menerusi inisiatif #ImpactTolongHantar (ITH) khas untuk golongan rentan daripada kategori B40, Orang Asli, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.

Khidmat sukarelawan turut ditawarkan menerusi inisiatif ITH itu untuk warga emas, OKU dan golongan yang memerlukan khidmat ini secara percuma, menurut kenyataan tersebut.

Inisiatif ITH yang memasuki edisi ketiga itu bermula sejak 23 Jun lepas sehingga tamat program pemberian vaksin kelak, dan orang ramai boleh membuat permohonan secara dalam talian di pautan bit.ly/ithvaksin.

Impact Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, berkata inisiatif ITH kali ini dijalankan dengan kerjasama Impact Youth, kolektif sukarelawan Impact Malaysia yang dianggotai oleh sukarelawan berusia 18 hingga 35 tahun di seluruh Malaysia.

Selain menyelaras program ITH, sukarelawan Impact Youth juga membantu kumpulan sasaran membuat pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera, menyelaras edaran bantuan set barangan asas untuk isi rumah yang memerlukan dan bekerjasama dengan komuniti untuk membantu golongan memerlukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ITH tersebut, Impact Youth dan program kelolaannya, mereka yang berkenaan boleh melayari www.impact.my atau mengikuti laman media sosial Impact Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: 234 PPV Tersedia Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad