web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Parlimen, Semua Wakil Rakyat Digesa Hadir 19 Julai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 2:51PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua wakil rakyat digesa hadir ke Parlimen 19 Julai nanti, jika kerajaan masih tidak membuat sebarang pengumuman berhubung pembukaan sidang dewan, selewat-lewatnya Isnin depan.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya memandang serius kenyataan media Istana Negara pada 29 Jun lalu, dan menyifatkan ia sebagai sejarah apabila Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan untuk kali ketiga bahawa Parlimen boleh serta perlu bersidang.

Menurut majlis, mereka turut meneliti kenyataan media bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bahawa satu persidangan khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos, seperti dicadangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami bagaimanapun kesal, sehingga hari ini Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan langkah konkrit untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung pembukaan sidang Parlimen secepat mungkin.

“Majlis Presiden berpandangan bahawa Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) telah melakukan penderhakaan bukan sahaja terhadap Yang di-Pertuan Agong tetapi juga Raja-Raja Melayu yang turut menzahirkan pandangan sama,” kata majlis itu di sini hari ini.

Menurut majlis, Perdana Menteri dan kabinet boleh dianggap bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan, sekiranya masih berdegil dalam perkara itu.

“Sekiranya Perdana Menteri dan kabinetnya masih berdegil menderhaka kepada Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu, maka mereka bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan,” kata majlis.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

Menurut kenyataan itu lagi, sidang Parlimen sebelum 1 Ogos itu perlu membahaskan krisis pandemik COVID-19 serta Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

“Ini bagi memastikan usaha berkesan mengekang penularan wabak COVID-19 dan menyelesaikan masalah ekonomi serta kehidupan rakyat.

“Rakyat sekarang sangat tertekan sehingga ada yang membunuh diri dan ada yang mengibarkan bendera putih, maka sidang Parlimen ini mesti memfokuskan isu rakyat dan bukan isu politik,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan