web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKPD: Pekerja Selain Perkhidmatan Perlu Tidak Boleh Bekerja Di Pejabat - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 2:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pekerja selain dalam perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan tidak boleh bekerja di pejabat atau tempat kerja sepanjang tempoh PKPD, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Peringatan tersebut susulan pengumuman pelaksanaan PKPD di beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur mulai esok hingga 16 Julai.

“Justeru, majikan adalah dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (BDR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata majikan digesa supaya mematuhi arahan PKPD dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan khususnya dari segi penetapan kapasiti kehadiran pekerja di pejabat atau tempat kerja seperti yang ditetapkan.

Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima banyak aduan daripada pekerja bahawa mereka diugut oleh majikan untuk hadir bekerja seperti biasa dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diberhentikan kerja.

Saravanan berkata sekiranya pekerja masih diarahkan oleh majikan untuk hadir ke tempat kerja, aduan boleh disalurkan kepada KSM menerusi aplikasi Working for Workers (WFW).

Selain kategori aduan BDR, aplikasi itu juga mempunyai 16 kategori aduan lain membabitkan isu perburuhan.

“KSM sentiasa memberi perhatian terhadap aduan-aduan yang diterima dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh kementerian,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 1,878 aduan direkodkan melalui aplikasi WFW dalam tempoh 23 Mei hingga semalam berhubung aduan majikan tidak membenarkan pekerja BDR.

Antara negeri yang merekodkan paling banyak jumlah aduan BDR ialah Selangor dengan 696 aduan, diikuti Kuala Lumpur (505 aduan), Johor (196 aduan) dan Pulau Pinang (123 aduan).

Sejumlah 59 kompaun berkaitan ketidakpatuhan kapasiti kehadiran pekerja ke pejabat atau tempat kerja telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi tempoh 1 Jun hingga 1 Julai, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pekerja Kedai Telefon Bimbit Didakwa Bunuh Majikan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan