web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kecewa Pemotongan Gaji, JPKK Pertikai Keputusan Kementerian Pendidikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 6:10PM

Kordinator Nasional JPKK, Sivaranjani Manickam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menetapkan pemotongan gaji sebanyak 40 peratus untuk pekerja pembersihan di sekolah.

Kordinator Nasional JPKK, Sivaranjani Manickam berkata, keputusan tersebut akan menjejaskan golongan berpendapatan, khususnya yang berstatus pekerja kontrak.

“Ini jelas satu perbuatan yang tidak adil dan zalim,”

“Tahukah berapa gaji pekerja pembersihan ini? Hanya RM1100 atau RM1200 di paras gaji minima bagi sebulan. Kini dengan garis panduan KPM, gaji mereka dikurangkan pula kepada RM600 hingga RM700 mulai bulan Jun 2021.

“Adakah ini adil? Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), siapakah yang harus dilindungi oleh kerajaan? Pekerja-pekerja pembersihan dari golongan B40 ini dibebankan dengan potongan gaji sekarang,” katanya dalam satu sidang media dalam talian di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebelum ini menetapkan, majikan dilarang memotong gaji pekerja sewaktu PKP dikuatkuasakan, tetapi arahan berkenaan dilanggar sewenang-wenangnya oleh KPM.

“Kedua-dua kementerian saling bercanggah antara satu sama lain, tetapi yang akhirnya menjadi mangsa adalah pekerja miskin.

“JPKK sejak dua minggu lalu menerima banyak aduan mengenai pengumuman pemotongan gaji dan walaupun kami telah melaporkan isu ini kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), pekerja diminta pula untuk memfailkan kes tuntutan di JTK. Semua perkara ini meningkatkan tekanan pekerja semasa pandemik,” ujarnya.

“Kenapa KPM tidak potong gaji pekerja kerajaan di jabatan mereka sedangkan mereka semua duduk rumah semasa PKP ini?”

Sivaranjani berkata, JPKK turut menerima maklumat dari Persatuan Kontraktor bahawa pemotongan gaji itu adalah berdasarkan arahan KPM.

“Kami berasa cukup kecewa kerana dari satu sudut lain, pihak kerajaan cuba menonjolkan diri sebagai pembela kaum pekerja dan golongan B40 tetapi realiti sebenar, mereka memotong pendapatan golongan berkenaan.

“Ini jelas satu perbuatan yang tidak adil dan zalim,” katanya.

Kerajaan dalam hal ini tegas beliau, digesa menyelesaikan perkara tersebut pada kadar segera, bagi melindungi hak pekerja miskin yang semakin tersepit dan terhimpit ekoran pandemik COVID-19.

“Kenapa KPM tidak potong gaji pekerja kerajaan di jabatan mereka sedangkan mereka semua duduk rumah semasa PKP ini? Kenapa kerajaan bertindak double standard?,” soalnya.

Dalam pada itu, Sivaranjani berkata, pihak JPKK turut menuntut tindakan agensi kerajaan berkaitan, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini termasuk memastikan pekerja kontrak pembersihan dan pengawal sekolah di premis kerajaan tidak dianak tirikan dan turut mendapat vaksin seperti mana guru sekolah dan petugas lain, memandangkan mereka juga adalah petugas barisan hadapan.

“Kementerian berkenaan juga diminta tidak mengeluarkan kenyataan atau arahan yang bercanggah bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad