web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKPD: Pengangkutan Awam Beroperasi Dengan 50% Penumpang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 7:43AM

Sepanjang PKPD ini, pengangkutan awam hanya dibenarkan membawa penumpang pada kapasiti 50 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua pengangkutan awam iaitu perkhidmatan kereta api, komuter, bas dan feri dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Menurut kenyataan kementerian itu, bagaimanapun perkhidmatan terbabit hanya dibenarkan membawa penumpang pada kapasiti 50 peratus.

Surat kebenaran yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) masih sah untuk sepanjang PKPD itu, kata MOT.

“Pemohon tidak perlu memuat turun surat kebenaran baharu sekiranya mereka telah memperoleh kebenaran sebelum ini,” katanya.

SMILE diperuntukkan untuk syarikat sektor pengangkutan komersial dan logistik, termasuk pengangkutan udara dan air, kurier serta gudang semasa penguatkuasaan Kawalan Pergerakan.

Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing pula, hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan di dalam kenderaan pada satu-satu masa. 

Kementerian itu berkata pengangkutan komersial dan kegiatan berkaitan rantaian bekalan perkhidmatan perlu menerusi darat, udara dan laut dibenarkan beroperasi semasa PKPD, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan, manakala lapangan terbang dan pelabuhan juga beroperasi seperti biasa.

“Perkhidmatan pelabuhan dan perusahaan berkaitan seperti limbungan kapal, tongkang, pengendalian kargo dan komoditi, pemaliman, serta   memuat dan memunggah dalam kawasan pelabuhan adalah dibenarkan,” kata MOT.

Sementara itu, kegiatan memuat dan memunggah di luar kawasan pelabuhan di bawah PKPD hanya dibolehkan untuk perkhidmatan perlu yang dibenarkan sahaja, katanya. 

“Jumlah penumpang yang dibenarkan menaiki kenderaan komersial dan logistik tertakluk kepada pendaftaran kenderaan masing-masing,” katanya.

MOT berkata perkhidmatan kaunter oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Laut Malaysia dan Puspakom Sdn Bhd akan ditutup sepanjang PKPD, namun sekatan itu tidak terpakai bagi perkhidmatan kaunter di kawasan bukan lokaliti PKPD di Kuala Lumpur.  

Pada 30 Jun, MOT mengumumkan pembukaan semula perkhidmatan kaunter di bawah Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara bagi transaksi dan perkhidmatan yang tidak disediakan dalam talian. Perkhidmatan kaunter ini hanya untuk urusan yang tidak boleh dijalankan dalam talian dan kehadiran secara fizikal hanya melalui janji temu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad