web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Kes Kematian Sebelum Tiba Hospital Meningkat 7 Kali Ganda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 8:11AM

Kebanyakan kes kematian sebelum tiba di hospital adalah mereka yang dalam kumpulan umur 50 hingga 70 tahun - Gambar Sairein Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) pesakit COVID-19 meningkat sebanyak tujuh kali ganda dari April hingga Jun lalu dengan peningkatan dari 35  kepada 246 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kebanyakan kes BID itu adalah dalam kumpulan umur 50 hingga 70 tahun (76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus).

“Hingga hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan sebanyak 5,327 kes kematian sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita manakala sebanyak 4,856 kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2021.

“Daripada jumlah kematian pada 2021, sebanyak 670 (13.8 peratus) kes kematian BID dilaporkan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Beliau berkata tiga negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini ialah Selangor iaitu 181 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 78 kes dan Sabah sebanyak 85 kes.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menggesa orang ramai untuk cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah.

Antara langkah yang perlu dilakukan oleh setiap individu ialah menjalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes positif, mengamalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab.

Selain itu, mereka juga perlu memaklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri di aplikasi MySejahtera dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau COVID-19 Assessment Centre (CAC) berdekatan sekiranya didapati positif serta segera melaporkan sebarang ‘warning signs’ dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

“Warning signs merupakan gejala yang memberi petanda bahawa keadaan seseorang pesakit COVID-19 semakin teruk.

“Ahli keluarga atau rakan serumah dinasihatkan agar prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19 dengan memanfaatkan teknologi komunikasi untuk memantau kesihatan pesakit sepanjang pemantauan kuarantin di rumah,” katanya.

Di peringkat KKM pula, beliau berkata beberapa langkah telah dan sedang diambil dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengatasi situasi berkenaan, termasuk mengukuhkan fungsi CAC, meningkatkan kapasiti makmal ujian saringan COVID-19 serta mendigitalkan pengurusan pandemik. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan