web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bendera Putih Terima Sambutan, Pelbagai Pihak Tampil Membantu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 3:04PM

Antara pihak-pihak yang terlibat dalam kempen kibarkan Bendera Putih.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen bendera putih yang tular di media sosial bukan sekadar menggambarkan keprihatinan rakyat, tetapi turut dilihat sebagai satu idea yang baik untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketika ada yang mengkritik serta cuba mempolitikkan kempen berkenaan, ia pada masa sama bagaimanapun terus menerima sambutan dan sokongan ramai pihak, mencakupi rangkaian perniagaan terkemuka, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau secara individu.

Antara pihak yang dilihat tampil menghulurkan bantuan termasuk 99 Speedmart , Vit’s, Tanah Aina Cafe, BMS Organics, Dapur CheMek, Baan Thai Restaurant, golongan artis dan pelbagai NGO lain.

Rangkaian kedai serbaneka 99 Speedmart berkata, kempen terbabit jelas satu inisiatif yang amat efisyen dalam membantu keluarga atau mana-mana individu memerlukan.

“Jika anda melihat bendera putih digantung di mana-mana rumah atau di kejiranan sekitar, sila salurkan maklumat melalui aplikasi WhatsApp, menggunakan nombor 010-5000099 atau melalui Facebook 99Speedmart. Lampirkan alamat tempat tinggal dan gambar rumah bersama bendera berkenaan.

“Kempen ini dimulakan 1 sehingga 14 Julai 2021 dan kami menyediakan seribu pek keperluan setiap hari dengan jangkamasa penghantaran selama 24 jam,” katanya.

Menurut rangkaian itu, bantuan berkenaan diberikan kepada penerima yang menetap di radius sekitar sahaja.

“Mereka boleh menghubungi rangkaian 99 Speedmart di kawasan kejiranan masing-masing bagi membolehkan semua bantuan dihantar pada kadar segera,” tambahnya.

Sharnaaz Ahmad - Gambar dari Instagram
Sharnaaz Ahmad - Gambar dari Instagram

Sementara itu, aktor dan usahawan Sharnaaz Ahmad, juga tidak ketinggalan menyahut seruan kempen, apabila bergerak aktif menghulurkan bantuan bekalan makanan harian serta sumbangan wang tunai kepada golongan yang terjejas.

“Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyalurkan bantuan. Jumlah semua sudah mencecah RM7,000 dan wang berkenaan kami akan gunakan dengan memberikan barangan keperluan kepada mereka yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Peringkat awal, sekitar 100 hingga 200 pek makanan akan disediakan bermula Rabu depan, bergantung pada jumlah bantuan yang disalurkan,” katanya.

Pelakon yang terkenal dengan watak Jebat itu turut melahirkan harapan untuk pihak berkuasa memahami kerja amal dilakukan, dan tidak mengenakan tindakan ke atas penyampai bantuan.

“Kami sangat berharap mana-mana NGO yang melakukan kerja amal ini tidak dikenakan kompaun. Kami buat kerja (secara) ikhlas, bukan suka-suka keluar,” katanya.

Petronas turut menyahut seruan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Petronas turut menyahut seruan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Tidak ketinggalan menyertai kempen bendera putih ini adalah stesen minyak terkemuka di Malaysia seperti Petronas dan Shell, yang menghulurkan bantuan menerusi program Bank Makanan.

Menggunakan slogan ‘ambil ikut keperluan, derma ikut kemampuan’, inisiatif tersebut turut berjaya menyuntik kesan positif dalam kalangan rakyat negara ini.

Senarai stesen Petronas yang menyediakan bank makanan.
Senarai stesen Petronas yang menyediakan bank makanan.

Petronas menerusi satu poster memberitahu, semua rangkaian stesen minyak berkenaan akan menyediakan pek makanan untuk diambil secara percuma oleh sesiapa sahaja yang memerlukan.

"Pihak Petronas akan menyediakan pek makanan ini di seluruh stesen minyak seluruh negara. Patuhi SOP sentiasa, jaga keselamatan sesama kita," katanya dalam satu poster yang disebarkan di media sosial. – Getaran, 3 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad