web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemasangan Kawat Berduri Di Tangga PPR Kg. Air Panas Dipersetujui Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 8:56PM

Anggota tentera memasang kawad duri di bahagian tangga di PPR Kampung Air Panas. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemasangan kawat berduri di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di sini, dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang turut dihadiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata terdapat laluan lain yang boleh digunakan oleh penduduk bagi tujuan keluar masuk dari bangunan itu sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Menurutnya, selain itu pihak polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Terdapat kekeliruan yang timbul apabila gambar kawat duri di laluan tangga tersebut tular disebarkan kerana penduduk berasa bimbang sekiranya berlaku kecemasan.

"Untuk makluman sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM berkemampuan untuk membuka kawat duri tersebut dalam tempoh masa yang singkat dan kami sentiasa berada di laluan tersebut untuk memantau situasi semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial gambar yang menunjukkan beberapa anggota ATM memasang kawat berduri di laluan tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas menyebabkan timbul kebimbangan dalam kalangan netizen tentang keselamatan penduduk jika berlaku kecemasan.

Kawad duri dipasang pada bahagian tangga ini semasa tempoh PKPD dilaksanakan.
Kawad duri dipasang pada bahagian tangga ini semasa tempoh PKPD dilaksanakan.
Polis memaklumkan terdapat laluan lain sekiranya berlaku kecemasan.
Polis memaklumkan terdapat laluan lain sekiranya berlaku kecemasan.
Anggota tentera memasang kawad duri di beberapa bahagian di PPR Kampung Air Panas susulan pelaksanaan PKPD mulai hari ini hingga 16 Julai ini.
Anggota tentera memasang kawad duri di beberapa bahagian di PPR Kampung Air Panas susulan pelaksanaan PKPD mulai hari ini hingga 16 Julai ini.
Pemasangan kawad duri ini menjadi isu apabila netizen mempertikaikan kenapa ia dipasang di bahagian tangga.
Pemasangan kawad duri ini menjadi isu apabila netizen mempertikaikan kenapa ia dipasang di bahagian tangga.

Ashari memaklumkan pemasangan kawat berduri di laluan tangga blok tersebut bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok berkenaan yang kini berada di bawah PKPD bermula hari ini hingga 16 Julai.

Pada masa sama beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang menimbulkan kegusaran masyarakat.

Menurutnya polis sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad