web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKPD: Firma Guaman Boleh Beroperasi Dengan SOP Ketat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 8:47AM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Firma guaman di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu dari 3 hingga 16 Julai ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kebenaran ini diberikan setelah mengambil kira keperluan perkhidmatan guaman untuk menyokong sektor perkhidmatan perlu yang lain serta melancarkan urusan berkaitan dengan mahkamah dan jabatan kerajaan. 

"Hanya dua orang pekerja atau 20 peratus daripada jumlah bilangan pekerja, yang mana lebih tinggi, dibenarkan beroperasi dari pejabat dan waktu ditetapkan antara pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini. 

Katanya firma guaman juga perlu menetapkan janji temu dengan anak guam atau pelanggan sekiranya perlu berurusan secara fizikal. 

Selain itu firma guaman juga boleh memohon kebenaran beroperasi melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 dan kebenaran beroperasi daripada CIMS yang telah diperoleh  semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 boleh terus digunakan.

Katanya SOP PKPD perkhidmatan ini boleh dirujuk dari platform komunikasi Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Pada sama sama, katanya penguatkuasaan dan pemantauan akan dilakukan secara berintegrasi oleh pihak berkuasa bagi memastikan firma guaman terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan