web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tawar Khidmat Seks, Lelaki Bersama 10 Wanita Thailand Ditangkap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 8:52AM

Abd Jalil Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan bersama 10 wanita warga Thailand yang disyaki menawarkan khidmat seks, ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Pudu Ulu, di sini, 5 petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua wanita berusia antara 24 hingga 32 tahun itu disyaki menjalankan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas dengan mengenakan caj sebanyak RM200 bagi setiap kali perkhidmatan.

“Lelaki berusia 39 tahun itu pula bertindak sebagai orang tengah dengan menerima komisen RM50 bagi setiap pelanggan yang dibawa dan mereka dipercayai mengiklan perkhidmatan melalui aplikasi media sosial seperti WeChat, " katanya dalam sidang media operasi khas di sini.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372A/ 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963.

Dalam pada itu, Abd Jalil berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung isu bendera hitam yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas, mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular seruan mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, tepi jalan  atau mana-mana lokasi dirasakan sesuai sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.

Seruan itu turut meminta orang ramai mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial dengan tanda pagar #Lawan sebagai tanda sokongan terhadap kempen terbabit. - Bernama


MNZA MAMA NSM SMK MK
 

Saturday , 03 July 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan