web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hukum Kibar Bendera Putih Harus - Azhar Idrus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 3:43PM

Harus mengibarkan bendera putih dengan niat untuk memohon bantuan kerana desakan hidup. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Tidak salah menaikkan bendera putih dengan niat untuk memohon bantuan kerana desakan hidup, kata penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Menurut beliau, Islam menggariskan perbuatan itu sebagai harus, jika mengikut hukum.

“Meletakkan tanda, alamat dan isyarat bahawa kita memerlukan pertolongan atau untuk menunggu bantuan, itu sebenarnya boleh.

“Kita boleh letak tanda di motor di kereta di unta kita di rumah atau di mana saja dan bila kita letak orang akan faham (yang kita perlu bantuan), maka hukumnya adalah harus,” kata penceramah berasal dari Terengganu itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dikemukakan oleh bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah secara dalam talian.

Azhar bagaimanapun berkata, adalah haram untuk seseorang melakukan perbuatan itu semata-mata bagi mendapatkan barangan atau makanan percuma, sedangkan dia berkemampuan.

“Tapi kalau kita ada duit ada harta tapi ambil kesempatan nak dapatkan beras percuma lauk percuma, maka itu dikira orang yang ada harta tidak dalam keadaan darurat dan orang ini akan dapat api neraka,” tegasnya.

Kempen bendera putih merupakan inisiatif yang digerakkan oleh rakyat sendiri, bertujuan memastikan golongan memerlukan menerima bantuan sewajarnya, selepas berdepan  kesukaran akibat pandemik COVID-19.

Inisiatif murni ini bagaimanapun  mencetuskan polemik, apabia dipolitikkan segelintir pihak. - Getaran, 4 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad