web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Empat Kes Bendera Hitam Dikesan, Tiada Siasatan Dibuka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 6:58PM

Polis telah mengesan 4 kes bendera hitam dikibarkan di Terengganu sejak kempen kibar Bendera Hitam dilancarkan semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengesan empat kes bendera hitam berkibar di negeri itu sejak kempen tersebut dilancarkan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner (ACP) Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, semua insiden berkenaan dikesan di lokasi awam di daerah Besut dan Dungun.

“Anggota kita mengesan empat bendera hitam sejak kempen itu bermula semalam. Tapi ia cuma sekadar bendera hitam dan tidak ada sebarang perkataan provokasi,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan membuka sebarang kertas siasatan berhubung kempen itu buat masa ini.

Namun tegasnya, pihak polis akan melakukan pemantauan yang ketat dari semasa ke semasa.

Pada masa sama Mohd Marzukhi mengingatkan, tindakan undang-undang akan diambil di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika ada individu yang dikesan terlibat dalam kempen tersebut.

Kempen bendera hitam tular di media sosial sejak semalam, sebagai tanda meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan.

Ia muncul selepas kejayaan kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu golongan yang terkesan akibat wabak COVID-19. - Getaran, 4 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad