web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TMJ Titah Kerajaan Negeri Percepat Laksana Inisiatif Lawan COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 10:03PM

TMJ menitahkan supaya rakyat Johor disaring secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor mempercepatkan pelaksanaan inisiatif melawan pandemik COVID-19 yang kini dilihat dalam keadaan kritikal. 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah ini kerana sehingga kini, statistik COVID-19 di negeri ini masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi.

Baginda bertitah penggunaan kit ujian rapid dan kit ujian peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua rakyat Johor dan digunakan secara meluas khususnya bagi sektor-sektor penting selain petugas barisan hadapan. 

"Khususnya sektor kritikal yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas. Rakyat juga patut disaring secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin," titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani.

Johor merekodkan 500 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 72,525 kes dengan 595 kematian. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan