web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Sanggup Lintas Pagar Kawat Duri, Lari Dari Kawasan PKPD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 7:38AM

2 lelaki yang dikenalpasti melarikan diri itu mempunyai rekod jenayah dan polis kini sedang mengesan mereka. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengenal pasti dua lelaki yang melarikan diri daripada sebuah kawasan perumahan PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir di sini, dengan menyusup keluar melalui pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan mengenai klip video tular yang memaparkan kejadian tiga lelaki melarikan diri melalui kawat duri tular di media sosial itu pada pukul 4.51 petang semalam.

Beliau berkata kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.

“Lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah di bawah kesalahan dadah berbahaya dan pelbagai kesalahan jenayah antaranya samun, curi dan lain-lain lagi, manakala lelaki berusia 46 tahun pula mempunyai sembilan rekod jenayah bagi kesalahan pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Anuar berkata usaha mengesan lelaki ketiga giat dijalankan dan polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan tiga individu yang melarikan diri itu.

Hari ini, tular sebuah video berdurasi dua minit empat saat yang memaparkan tiga lelaki melarikan diri menerusi pagar kawat duri yang diletakkan di sekeliling blok PPR berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan