web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tukang Gunting Bersyukur, 100 Pelanggan Pertama Terima Khidmat Percuma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 9:12PM

Ibrahim Taib menawarkan khidmat gunting rambut percuma untuk 100 orang pada hari pertama kedai guntingnya beroperasi selepas Terengganu beralih ke Fasa 2 PPN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Gembira dengan keadaan negerinya yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), seorang tukang gunting menawarkan perkhidmatan percuma kepada 100 pelanggan.

Ibrahim Taib, 32, berkata, ia adalah inisiatif yang digerakkan sebagai satu bentuk promosi, setelah sekian lama tidak dapat beroperasi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Pada masa sama saya juga ingin membantu dan menyumbang kepada mereka yang tidak berkemampuan. Ia umpama sumbangan kecil kami kepada masyarakat,” kata pemilik kedai gunting rambut Matt Barbershop itu ketika ditemui media di sini.

Ibrahim berkata, dia sebenarnya tidak menyangka usaha tersebut mendapat sambutan apabila slot  tawaran khidmat percuma  bagi 100 orang itu habis dalam tempoh 10 minit selepas kedainya dibuka.

“Memang tak sangka. Orang ramai menunggu seawal jam sembilan pagi dan dalam tempoh 10 minit selepas kedai dibuka, semua nombor giliran untuk 100 orang pelanggan sudah habis diambil," katanya, gembira.

Ibrahim yang menjalankan perniagaan itu sejak 14 tahun lalu turut meluahkan kelegaan apabila kedai gunting rambutnya kini boleh beroperasi semula.

Usahawan itu berkata, perniagaannya terjejas teruk dan dia selama ini hanya bertahan dengan menggunakan wang simpanan sendiri dan hasil jualan produk rambut.

“Jualan produk rambut sebenarnya hanya 20 peratus saja dan yang lain itu saya terpaksa guna wang simpanan sendiri. Macam saya sangat terjejas, sebab ada 10 cawangan kedai di seluruh negeri. 

“Jadi kos perniagaan sangat tinggi setiap bulan saja saya terpaksa peruntukan RM30,000 bagi bayaran sewa kedai sahaja. Sebab itu bila tidak boleh beroperasi memang kita sangat terjejas,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad