web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sela Masa Pengambilan Vaksin Bekas Pesakit COVID Diselaras Minggu Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 10:04PM

JKJAV akan menetapkan sela masa yang perlu dilalui sebelum individu positif COVID-19 dibenarkan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sela masa pengambilan vaksin bagi individu yang telah dijangkiti COVID-19 akan diselaraskan minggu ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) akan menetapkan sela masa yang perlu dilalui sebelum individu positif COVID-19 dibenarkan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. 

“Dasar sedia ada JKJAV berhubung pemberian vaksin terhadap individu positif COVID-19 adalah tiga bulan namun ada beberapa PPV (pusat pemberian vaksin) yang buat keputusan berbeza. Oleh itu, perkara ini akan dikemas kini di peringkat JKJAV minggu ini,” katanya pada sidang media perkembangan PICK di sini hari ini bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sementara itu, Khairy berkata sumbangan 500,000 dos vaksin Sinovac dari China akan tiba pada pertengahan bulan ini, sekali gus akan dapat meningkatkan kapasiti dan kadar vaksinasi PICK pada bulan ini dan seterusnya.

Malaysia setakat ini telah menerima  sumbangan satu juta dos vaksin AstraZeneca dari Jepun pada Khamis lepas dan satu juta dos lagi vaksin Pfizer-BioNTech dari Amerika Syarikat hari ini. 

Mengenai dakwaan wujud aktiviti menjual janji temu vaksinasi, Khairy memaklumkan terdapat dua tangkapan telah dibuat oleh pihak polis minggu lepas berhubung perkara itu.

Tanpa mendedahkan lokasi tangkapan, beliau berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bekerjasama dengan polis mengenai perkara itu kerana ia adalah tindakan memanipulasi sistem pemvaksinan

"Terdapat kelemahan dalam mekanisme senarai sandaran yang mengakibatkan manipulasi dalam janji temu pemvaksinan. Kami menyedari beberapa kelemahan ini dan sedang berusaha mengatasinya secepat mungkin," kata beliau.

Portal media tempatan sebelum ini melaporkan terdapat sesetengah sukarelawan di pusat vaksinasi di sebuah negeri didakwa menjual slot janji temu kepada individu yang mahu memotong barisan untuk divaksinasi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan