web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 6.2 Tan Botol Vaksin Dilupuskan Hingga 28 Jun - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 12:44PM

Sejak PICK dilancarkan, sebanyak 6.25 tan metrik botol vaksin kosong telah dilupuskan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6.25 tan metrik botol vaksin kosong telah dilupuskan sebagai sisa klinikal sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb.

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya kepada Bernama berkata botol yang dilupuskan itu adalah hasil pemberian vaksin COVID-19 kepada 7,593,179 orang sehingga 28 Jun lepas. 

“Semua sisa botol vaksin yang dijana di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dikumpulkan di stor PPV secara harian. Botol-botol ini akan dihantar ke hospital untuk proses penimbangan sebelum diangkut keluar mengikut frekuensi pengangkutan sisa klinikal yang telah ditetapkan bagi tujuan pelupusan,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, botol-botol vaksin, jarum dan picagari daripada aktiviti pemberian vaksin diklasifikasikan sebagai sisa klinikal di bawah kategori sisa tajam. 

Semua  tong sisa tajam di stor PPV yang dihantar ke hospital seterusnya  dibawa untuk tujuan pelupusan ke loji rawatan sisa klinikal yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurut kenyataan itu, proses melupuskan sisa vaksin diuruskan oleh syarikat berkelayakan yang dilantik oleh kerajaan dengan mematuhi keperluan dan syarat-syarat terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Ia dipantau oleh KKM dan Jabatan Alam Sekitar. Terdapat 12 lokasi di seluruh negara bagi pelupusan sisa klinikal ini," katanya. 

Mengenai persediaan untuk menguruskan jumlah botol vaksin yang lebih besar seiring peningkatan kadar vaksinasi bulan ini yang dijangka mencecah 300,000 dos sehari, kenyataan itu berkata adalah menjadi tanggungjawab syarikat yang dilantik untuk menyediakan sumber manusia yang mencukupi dan berkelayakan bagi menguruskan aspek pelupusan. 

“KKM percaya syarikat berkenaan akan membuat penambahbaikan sumber manusia sekiranya terdapat keperluan selaras dengan penambahan sisa klinikal,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan