web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sukar Buka PPV Di Kawasan PKPD - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 3:27PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Sukar untuk membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana senarainya yang dinamik dan sentiasa berubah, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

"Kalau nak hantar vaksin setiap minggu kepada kawasan yang baru, (sukar) kerana senarai PKPD adalah dinamik. Mungkin minggu ini dia PKPD, minggu depan dia keluar dari PKPD.

"Kalau kita nak alih bekalan untuk keseluruhan negara berdasarkan senarai PKPD yang sentiasa berubah, ia akan menjadi satu perkara yang agak rumit," katanya kepada media selepas melawat pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas inisiatif kerajaan Selangor yang membuka PPV di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya yang dikenakan PKPD sejak 1 Julai lepas. PPV di Mentari Court itu bermula semalam dan menyasarkan untuk memberi vaksin COVID-19 kepada kira-kira 8,000 penduduk.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pada masa ini, pengagihan vaksin ke negeri-negeri dibuat berdasarkan beberapa indikator seperti 'kadar kepositifan' yang tinggi dan 'kadar insiden' yang tinggi.

"Setiap minggu kita selaras pengagihan (vaksin), berdasarkan data-data dari negeri berkaitan. Sebagai contoh bulan ini antara negeri yang menjadi sasaran ialah Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Negeri Sembilan, ini (negeri) yang mempunyai kadar insidens yang tinggi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pembukaan PPVIN untuk sektor pengangkutan udara akan diperluaskan ke lapangan terbang lain di seluruh negara selepas yang pertama dibuka di KLIA semalam, dengan kapasiti 1,000 dos sehari.

"Walau ada pengurangan daripada lapangan-lapangan terbang di Malaysia,  namun demikian sektor penerbangan masih lagi beroperasi.

"Untuk kita melindungi kakitangan yang terlibat dalam sektor yang penting ini, CITF (Badan Bertindak Imunisasi COVID-19) telah putuskan untuk mengutamakan sektor udara dalam PICK," katanya.

Khairy berkata untuk minggu pertama bulan ini, sebanyak 27 PPVIN sudah beroperasi di seluruh negara dan pihaknya ada menerima cadangan pembukaan tambahan PPVIN daripada beberapa kementerian lain.

Kementerian yang sudah terlibat dalam PPVIN itu ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kerja Raya, dan Kementerian Pengangkutan, manakala Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi, serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah bersedia untuk melibatkan industri mereka dalam PICK, katanya.

Sementara itu, Khairy berkata perlu ada kesepakatan antara negara dalam menentukan dasar imigresen mengenai pengiktirafan vaksin yang pelbagai berikutan ada sesetengah negara yang hanya membenarkan penerima vaksin tertentu memasuki negara mereka.

"Sekarang ini kita masih tidak tahu berkenaan dasar imigresen sebahagian besar negara sebab masih lagi belum dimuktamadkan.

"Ada negara yang dah keluarkan syarat-syarat seperti syarat vaksin yang hanya digunakan oleh negara tersebut. Jadi, ini adalah satu proses perbincangan yang masih berterusan dengan negara lain," katanya.

Khairy berkata pendirian Malaysia adalah apa-apa vaksin yang sudah disenarai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu diiktiraf.

"Di Malaysia kita pakai pelbagai jenis vaksin, sama juga dengan negara lain ada juga pakai pelbagai vaksin. Ada sesetengah negara iktiraf vaksin tertentu dan ada yang tidak. Kena ada satu dasar yang dipersetujui semua," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar jika ada negara yang tidak mengiktiraf vaksin yang digunakan di Malaysia, pelaksanaan ujian calitan perlu dipertimbangkan sebagai syarat untuk memasuki negara berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan