web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peguam Kuarantin Kendiri, Perbicaraan Kes 1MDB Najib Ditangguh Ke 17 Ogos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 5:52PM

Shafee Abdullah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 minggu lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan bersambung hari ini, telah dilapangkan setelah peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 minggu lepas.

Peguam Rahmat Hazlan, yang turut mewakili bekas perdana menteri itu, memaklumkan bahawa perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah ditangguh sehingga 17 Ogos depan.

“Betul, Tan Sri (Shafee) sedang kuarantin kendiri kerana beliau ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19,” katanya melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, ketika dihubungi, turut mengesahkan penangguhan perbicaraan itu.

Kes itu ditetapkan untuk sambung bicara sejak 29 Jun lepas namun telah ditangguhkan. Kali terakhir perbicaraan kes 1MDB didengar ialah pada 27 Mei.

Seorang lagi peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed dijangka meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-10 iaitu Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan