web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HTAR Sesak, Menteri Berkaitan Diminta Bertindak Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 8:02PM

Kelihatan pesakit COVID-19 ditempatkan diluar wad kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Masalah kesesakan pesakit akibat COVID-19 di hospital kerajaan dan penggunaan katil melebihi tahap maksimum masih berlarutan sehingga hari ini, malah semakin membimbangkan.

Terkini, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pula didakwa berdepan situasi kritikal itu, sehingga terpaksa menempatkan puluhan pesakit COVID-19 di luar perkarangan Jabatan Kecemasan akibat masalah yang sama.

Senario tersebut dikongsikan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menerusi ciapan di Twitter dan Facebook rasminya bagi melahirkan rasa bimbang dengan keadaan itu.

“Campur tangan segera Perikatan Nasional (PN) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) @DrAdhamBaba @MuhyiddinYassin. Ini situasi memilukan. Puluhan pesakit COVID-19 ditempatkan di luar Jabatan Kecemasan kerana kekurangan katil,” katanya menerusi ciapan berkenaan.

Ketika dihubungi Getaran, Charles berkata, beliau menerima banyak aduan daripada orang awam dan keluarga pesakit berhubung situasi yang berlaku di hospital terlibat.

Jelasnya, beliau turut menerima kiriman gambar memaparkan keadaan sesak itu, malah lebih menyedihkan, pihak hospital sendiri gagal memberi jawapan atau penyelesaian terhadap situasi terbabit.

“Sejak pagi tadi sehingga sekarang, pesakit terpaksa ditempatkan di luar dan mereka tidak tahu sampai bila akan berada di situ kerana perlu menunggu kekosongan katil.

“Ada dalam kalangan mereka mengalami kesukaran bernafas dan komplikasi paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen,” katanya.

Charles berkata, situasi itu tidak seharusnya berlaku kerana boleh menyebabkan risiko penularan virus COVID-19 terbabit kepada orang sekeliling.

“Saya tidak faham macam mana boleh jadi begini. Keadaan ini bukan sahaja berbahaya kepada kakitangan hospital, tetapi juga pesakit lain yang tidak dijangkiti virus berkenaan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kerajaan perlu mengambil langkah segera menangani isu terbabit memandangkan HTAR satu-satunya hospital kerajaan di Klang yang menerima jumlah tertinggi pesakit COVID-19 bagi daerah berpopulasi 1.5 juta itu.

“Saya kini sedang menulis surat rasmi untuk dihantar kepada menteri berkaitan supaya masalah ini dapat ditangani segera.

“Sebenarnya apa yang jelas adalah keadaan hospital di Malaysia termasuk HTAR ‘dalam keadaan tertekan’, kapasiti kemudahan penuh dan sukar menampung kemasukan pesakit, selain menyebabkan petugas barisan hadapan kesihatan terlalu tertekan.

“Bukan itu sahaja, kemudahan dan peralatan juga perlu diganti baharu, jadi kerajaan perlu memberi peruntukan tambahan untuk meningkatkan sistem kesihatan negara,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Kelar Isteri: Suami Didakwa Tuduhan Bunuh

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

3

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Macam Ni Nak 'Healing' Pun Susah!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan